Profil Astradse

ASRAMA PUTERA
SMK DATO’ SYED ESA, BATU PAHAT

        Asrama Putera SMKDSE, dahulunya dikenali sebagai Asrama Putera SMK Jalan Kolam Air,   merupakan asrama harian yang terletak di dalam daerah Batu Pahat.Ia terletak kira-kira 3 km dari pusat bandar Batu Pahat. Ia mula dibina pada tahun 1982 dan mula diduduki pada Februari 1982. Bermula pada tahun 1988, asrama ini boleh menampung pelajar tingkatan 1 hingga 6 sehinggalah pada tahun 1991, Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat (PPD) telah menjalankan projek Kelas Aliran Agama ( KAA) di SMKDSE yang penghuninya majoritinya adalah anak-anak lelaki Melayu yang berpendidikan tingkatan 1 hingga 3 sahaja.
            Kini asrama ini telah mengorak langkah lebih jauh lagi. Bermula pada 3 Januari 2010 asrama ini akan membuka ruang untuk tingkatan 4KAA apabila sekolah dengan rasminya mengadakan kelas 4KAA. Banyak kejayaan telah dicapai antaranya Johan Nyanyian Solo Irama Malaysia, Kategori Lelaki ASAT 2009 Peringkat Negeri Johor.
            Dari aspek pembangunan fizikal, banyak pembaharuan telah dibuat untuk mempertingkatkan lagi kemudahan fizikal yang telah sedia ada bagi tujuan keselesaan penghuni asrama yang kondusif. Selain daripada dua blok utama yang terdiri daripada dewan makan, perpustakaan, bilik komputer, pejabat, tandas, pihak sekolah juga telah membina surau untuk kemudahan pelajar menunaikan ibadat.

No comments:

Post a Comment

Profil

My photo
ASRAMA PUTERA SMK DATO' SYED ESA, JALAN INDAH, 83007 BATU PAHAT, JOHOR TEL: 07-4341448 (SEK), 07-4331422.